ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VI - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 2 - RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 159. Tertuduh boleh ditangkap apabila ada rayuan terhadap pembebasan.

Apabila rayuan dibuat terhadap sesuatu pembebasan, Mahkamah Rayuan Syariah boleh mengeluarkan suatu waran mengarahkan tertuduh ditangkap dan dibawa ke hadapannya dan Mahkamah baleh menahannya di penjara sementara menunggu penyelesaian rayuan atau membenarkan ia dijamin.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.