BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN
(2) Mana-mana orang lelaki yang didapati bercumbu-cumbuan di mana-mana tempat dengan seorang perempuan selain daripada isterinya adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. (3) Mana-mana orang perempuan yang didapati bercumbu-cumbuan di mana-mana tempat dengan seorang lelaki selain daripada suaminya adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.