ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994
BAHAGIAN II - BUKTI
BAB III - FAKTA YANG TIDAK PERLU DIBUKTIKAN
Seksyen 45. Fakta yang diakui tidak perlu dibuktikan.
(1) Tertakluk kepada subseksyen (2) seksyen 17 tiada fakta perlu dibuktikan dalam mana-mana prosiding yang pihak-pihak baginya atau wakil mereka
dalam prosiding itu bersetuju membuat
iqrar
pada pendengaran itu atau yang sebelum pendengaran itu, mereka bersetuju hendak mengaku dengan sesuatu surat yang ditandatangani oleh mereka, atau yang menurut mana-mana kaedah pliding yang berkuatkuasa pada masa itu mereka adalah disifatkan telah mengaku melalui surat pliding mereka.
(2) Mahkamah boleh menurut budi bicaranya, menghendaki supaya fakta yang diakui itu dibuktikan selain daripada dengan pengakuan sedemikian.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.