ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 92. Susunan pemeriksaan dan arahan mengenai pemeriksaan semula.

(1) Saksi-saksi hendaklah mula-mulanya diperiksa-utama, kemudian, jika dikehendaki oleh pihak lawan, diperiksa-balas, kemudian, jika dikehendaki oleh pihak yang telah memanggil mereka, diperiksa semula.

(2) Pemeriksaan dan pemeriksaan-balas mestilah berhubung dengan fakta-fakta relevan, tetapi pemeriksaan-balas tidak perlu dihadkan kepada fakta-fakta yang telah diterangkan oleh saksi itu dalam pemeriksaan-utamanya.

(3) Pemeriksaan-semula hendaklah diarahkan kepada penghuraian perkara-perkara yang ada disebutkan di dalam pemeriksaan-balas; dan jika, dengan kebenaran Mahkamah, suatu perkara baharu dikemukakan di dalam pemeriksaan-semula maka pihak lawan boleh selanjutnya memeriksa-balas atas perkara itu.

(4) Mahkamah boleh dalam segala hal membenarkan seseorang saksi dipanggil semula sama ada untuk pemeriksaan utama yang selanjutnya atau untuk pemeriksaan balas yang selanjutnya, dan jika Mahkamah membenarkan demikian itu, maka pihak-pihak adalah berhak kepada pemeriksaan-balas dan pemeriksaan semula yang selanjutnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.