ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994
BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB X - DARIHAL PERBICARAAN
Seksyen 96. Ucapan.
Dalam perbicaraan di bawah Bab ini-
(a) pegawai yang menjalankan pendakwaan bolehlah dengan segera mengemukakan keterangannya;
(b) setelah pendakwa selesai mengemukakan keterangannya tertuduh atau wakilnya bolehlah membuat apa-apa ulasan, sebagaimana yang dia fikirkan perlu mengenai keterangan bagi pihak pendakwa, dan jika tertuduh itu memberi keterangan atau saksi-saksi diperiksa bagi pihaknya, maka dia bolehlah menggulung kesnya; dan
(c) pegawai yang menjalankan pendakwaan itu adalah mempunyai hak menjawab balas keseluruhan kes itu apabila tertuduh itu telah mengemukakan keterangannya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.