ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN III - PIHAK-PIHAK



Seksyen 8. Tafsiran.

(1) Di dalam Bahagian ini "pihak menuntut" termasuklah pemohon dan "pihak kena tuntut" termasuklah pihak menentang dan "menuntut" dan "membela" hendaklah ditafsirkan sewajarnya.

(2) Semua orang boleh bercantum sebagai pihak menuntut atau pihak kena tuntut dalam suatu tindakan dalam atau terhadap mana-mana hak untuk relif berkenaan dengan atau timbul daripada urusan yang sama atau urusan-urusan bersiri yang dikatakan wujud, sama ada bersama, berasingan atau beralternatif di mana jika tindakan-tindakan berasingan dikemukakan, apa-apa persoalan Undang-undang atau fakta yang sama mungkin berbangkit:

Dengan syarat jika pada pendapat Mahkamah bahawa mana-mana cantuman boleh menyusahkan pihak kena tuntut atau melengahkan perbicaraan atau dengan jalan lain tidak menyenangkan Mahkamah boleh sama ada atas permohonan pihak kena tuntut atau atas kehendaknya sendiri, memerintahkan perbicaraan berasingan, atau membuat apa-apa perintah lain yang ia fikir patut.

(3) Hukuman boleh diberi tanpa apa-apa pindaan untuk mana-mana pihak menuntut untuk relif yang ia berhak atau terhadap satu atau lebih pihak-pihak kena tuntut sebagaimana yang boleh didapati bertanggungan mengikut tanggungan-tanggungan mereka masing-masing.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.