ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN MURAJA'AH
BAB XVII - RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 160. Penghakiman.

(1) Di penghujung pembicaraan rayuan, Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah, sama ada dengan serta merta atau kemudiannya pada suatu tarikh yang ditetapkan untuk tujuan itu yang diberitahu melalui notis kepada pihak-pihak berkenaan, memberikan penghakiman di Mahkamah terbuka.

(2) Di dalam rayuan dan perkara jenayah, Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah memberi hanya satu penghakiman sahaja yang diberikan oleh Pengerusi atau mana-mana Hakim Mahkamah Syariah yang diarahkan oleh Pengerusi:

Dengan syarat bahawa keputusan yang berasingan hendaklah diberikan jika Pengerusi menentukan sedemikian.

(3) Keputusan mana-mana Hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang tidak hadir boleh dibacakan oleh Hakim yang lain.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.