ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN II - PEMBUKTIAN
BAB 5
Anggapan tentang dokumen



Seksyen 69. Anggapan mengenai buku, peta dan rajah.

Mahkamah boleh menganggap bahawa mana-mana buku yang boleh dirujuk untuk mendapat maklumat atas Hukum Syarak atau apa-apa perkara yang kepentingan awam atau apa-apa kepentingan amnya, dan bahawa mana-mana peta atau rajah yang disiarkan yang kenyataan di dalamnya itu adalah fakta yang relevan dengan yang dikemukakan untuk pemeriksaannya, telah ditulis dan diterbitkan oleh orang dan pada masa dan di tempat yang ianya berupa sebagai telah ditulis atau disiarkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.