ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN III - PENUBUHAN MAHKAMAH-MAHKAMAH, PERLANTIKAN PEGAWAI-PEGAWAI DAN BIDANGKUASA MEREKA



Seksyen 47. Kuasa Mahkamah Ulangbicara mengkaji semula kes-kes.


(1) Tiap-tiap anggota para hakim berkuasa mengarahkan Mahkamah Kadi dan Mahkamah Kadi Besar merujukkan sesuatu rekod pembicaraan mana-mana kes jenayah atau mal yang sudah dibicarakan kepada Mahkamah Ulangbicara untuk dikaji semula dan Mahkamah Ulangbicara hendaklah mengkaji semula bagi menentukan dengan sepuas hati Mahkamah itu tentang betulnya, sahnya atau kewajaran sesuatu hukuman, perintah, pendapat atau keputusan yang telah dibuat dan tentang kesempurnaan cara menjalankan pembicaraan kes-kes itu.

(2) Setelah memeriksa dan mengkaji semula rekod pembicaraan itu, maka Mahkamah Ulangbicara bolehlah menggunakan kuasa-kuasanya di bawah seksyen 46.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.