ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB X - DARIHAL PERBICARAAN



Seksyen 97. Butir-butir yang hendak direkodkan.

(1) Dalam prosiding di bawah Bab ini, Mahkamah hendaklah menyimpan suatu rekod rasmi mengenai butir-butir setiap kes dengan menggunakan dan melengkapkan atau menyebabkan dilengkapkan suatu kertas pertuduhan mengikut borang-borang yang ditetapkan oleh Ketua Hakim Syarie dan, jika semua butir yang perlu tidak dapat dengan mudahnya dimasukkan dalam borang itu, dengan melampirkan kepadanya apa-apa bilangan kertas lampiran yang dikehendaki.

(2) Butir-butir yang perlu dalam rekod itu hendaklah termasuk:

(3) Rekod itu hendaklah disahkan dengan tandatangan pegawai yang mengetuai Mahkamah itu, dan hendaklah difailkan mengikut apa-apa cara yang diarahkan oleh Ketua Hakim Syarie.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.