ENAKMEN 1 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN VI - HADHANAH ATAU PENJAGAAN KANAK-KANAK



Seksyen 81. Ibu boleh dilantik menjadi penjaga.


(1) Seseorang ibu boleh dilantik dengan sah menjadi wasi bagi bapa dan dalam hal yang demikian ibu itu boleh menjalankan kuasa-kuasanya sebagai seorang penjaga melalui wasiat, atau, jika tidak ada seorang penjaga mengikut undang-undang, ia boleh dilantik sebagai demikian oleh Mahkamah, tetapi jika ia tidak dilantik sebagai demikian maka ia tidak boleh membuat apa-apa urusan mengenai harta kanak-kanak itu.

(2) Jika Mahkamah melantik ibu menjadi penjaga, Mahkamah boleh juga melantik seorang lain menjadi penjaga atau kedua-duanya, untuk bertindak bersama dengan ibu itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.