ENAKMEN 3 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1982

BAHAGIAN IV - PERATURAN AM



Seksyen 18. Peguam Syarie.

(1) Qadhi Besar boleh membenarkan kepada mana-mana orang yang layak di atas permohonannya menjadi Peguam Syarie.

(2) Bagi maksud seksyen-kecil (1) seksyen ini, mana-mana orang yang berikut adalah disifatkan layak dan berkemahiran di dalam perkara berkenaan dengan Hukum Syarak:
(3) Peguam Syarie tidak boleh hadir dan menjadi wakil dalam mana-mana Mahkamah bagi mana-mana pihak dalam sesuatu pembicaraan melainkan dengan sijil yang bertulis yang dikeluarkan oleh Qadhi Besar dan menjelaskan bayaran yang telah ditetapkan. Sijil yang demikian hendaklah dikeluarkan tiap-tiap tahun dan ditandatangani oleh Qadhi Besar.

(4) Mahkamah boleh membenarkan pegawai-pegawai Kerajaan atas sifat jawatannya untuk menghadiri Mahkamah mewakili mana-mana pihak di dalam mana-mana pembicaraan.

(5) Raja atau mana-mana orang yang telah diberi kuasa olehnya bolehlah secara bertulis melantik mana-mana orang yang layak menjadi peguam pembela untuk membela atau merayu bagi pihak orang miskin dalam mana-mana pembicaraan dan dalam hal itu bayaran Mahkamah yang biasanya kena dibayar mengenai dengan pembicaraan berkenaan tidak akan dikenakan bayaran dan hendaklah dikecualikan.

(6) Raja boleh membuat keadah-keadah memperuntukkan pengawalan dan penyeliaan mana-mana orang yang dibenarkan mewakili mana-mana pihak dalam mana-mana pembicaraan di Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.