ENAKMEN 12 TAHUN 2003
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB I - BEBAN MEMBUKTIKAN



Seksyen 73. Beban membuktikan

(1) Sesiapa yang berhasrat supaya mana-mana Mahkamah memberikan penghakiman tentang apa-apa hak atau liabiliti di sisi undang-undang yang bergantung kepada kewujudan fakta yang ditegaskan olehnya, mestilah membuktikan bahawa fakta itu wujud.

(2) Apabila seseorang terikat untuk membuktikan kewujudan apa-apa fakta, maka dikatakan bahawa beban membuktikan terletak pada orang itu.

MISALAN

A berhasrat supaya mahkamah memberikan penghakiman supaya B dihukum kerana sesuatu jenayah yang dikatakan oleh A telah dilakukan oleh B.

A mesti membuktikan bahawa B telah melakukan jenayah itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.