ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 9 - Mempastikan Kebenaran Keterangan Saksi



Seksyen 119. Bila Saksi perlu diperiksa.

Apabila saksi-saksi selesai memberi keterangan, mahkamah hendaklah menyoalnya bagi mempastikan kebenaran keterangan saksi tersebut.

Huraian
- Jika Hakim berkata saksi tidak bercakap benar atau saksi itu adil tetapi saksi tersebut telah melakukan kesalahan dalam keterangannya atau saksi itu lupa fakta-fakta atau katanya saksi itu adil tetapi ia menafikan dakwaan tersebut, Hakim tidak boleh memberi keputusan, kecuali hendaklah terlebih dahulu mempastikan saksi tersebut bersifat adil atau sebaliknya dengan pemeriksaan terbuka di dalam mahkamah atau secara rahsia.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.