ENAKMEN 5 TAHUN 2004
ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2004

BAHAGIAN II - PELAKSANAAN WASIAT



Seksyen 3. Wasiat boleh dibuat secara lisan, tulisan atau isyarat.

(1) Sesuatu wasiat boleh dibuat secara lisan atau dengan tulisan dan, jika orang yang hendak membuat wasiat itu tidak dapat melakukan sedemikian, wasiatnya boleh dibuat dengan isyarat yang boleh difahami.

(2) Sesuatu wasiat secara lisan atau wasiat dengan isyarat hendaklah dibuat di hadapan sekurang-kurangnya dua orang saksi yang boleh diterima sebagai saksi menurut Hukum Syarak.

(3) Sesuatu wasiat bertulis bolehlah dibuat dalam borang yang terdapat dalam Jadual Kedua.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.