ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH



Seksyen 28. Perlantikan.

(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, melantik sesiapa yang layak menjadi-

(2) Duli Yang Maha Mulia Sultan hendaklah mengurniakan Tauliah kepada Pengerusi Mahkamah Apil Syar'iah, Qadi Besar, Timbalan Qadi Besar, dan Qadi-Qadi yang tersebut dan bolehlah mengenakan apa-apa syarat di dalam Tauliah itu, terutamanya mengenai had-had perjalanan mana-mana kuasa yang akan di-kurniakan.

(3) Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh membatalkan mana-mana perlantikan yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan hendaklah pembatalan itu disiarkan dalam Warta.

(4) Bidangkuasa Qadi Besar, Timbalan Qadi Besar, atau Qadi hendaklah sebagaimana yang ditetapkan oleh Enakmen ini atau oleh mana-mana undang-undang bertulis yang lain.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.