ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN III - HARTABENDA-HARTABENDA AMANAH DAN KEWANGAN MAJLIS
ZAKAT DAN FITRAH



Seksyen 56. Bantahan mengenai taksiran zakat dan fitrah.

(1) Mana-mana orang boleh mengemukakan bantahan kepada Majlis terhadap sesuatu tafsiran zakat atau fitrah dan Yang Dipertua hendaklah menimbangkan bantahan itu dan memberi keputusan mengenainya.

(2) Keputusan Yang Dipertua ke atas bantahan yang dibuat di bawah seksyen ini adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan dalam mana-mana Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.