ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 117. Menggunakan sebagai keterangan dokumen yang telah enggan dikemukakan setelah notis diberi.

Apabila suatu pihak enggan mengemukakan sesuatu dokumen yang dia telah diberi notis supaya mengemukakannya, maka dia tidaklah boleh kemudiannya menggunakan dokumen itu sebagai keterangan dengan tiada persetujuan pihak yang satu lagi ataupun perintah Mahkamah.

MISALAN

A mendakwa B atas suatu perjanjian, dan memberi B notis supaya mengemukakannya. Pada perbicaraan itu A meminta dokumen itu, dan B enggan mengemukakannya. A memberi keterangan sekunder mengenai kandungannya. B meminta hendak mengemukakan dokumen itu sendiri bagi menyangkal keterangan sekunder yang tak berasas yang diberi oleh A itu, atau bagi menunjukkan bahawa perjanjian itu tidak bersetem. Dia tidak boleh berbuat demikian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.