ENAKMEN 3 TAHUN 1997
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1997

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 6 - DARIHAL CARA MENGAMBIL DAN MEREKODKAN KETERANGAN DALAM PERBICARAAN



Seksyen 115. Menterjemahkan keterangan kepada tertuduh.

(1) Bilamana apa-apa keterangan diberikan dalam bahasa atau isyarat yang tidak fahami oleh tertuduh, dan dia hadir sendiri, keterangan itu hendaklah diterjemahkan kepadanya dalam Mahkamah terbuka dalam bahasa yang difahaminya.

(2) Apabila dokumen-dokumen dikemukakan bagi maksud pembuktian formal, maka hendaklah terpulang kepada budi bicara Mahkamah untuk mentafsirkannya setakat yang difikirkan perlu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.