ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN IV - PELBAGAI



Seksyen 24. Perlindungan kepada pegawai.

(1) Tiada mana-mana pegawai Mahkamah boleh dikenakan apa-apa tindakan di dalam mana-mana Mahkamah atau Mahkamah Sivil kerana apa-apa perbuatan, ketinggalan atau perintahnya semasa menunaikan tugasnya, sama ada perbuatannya itu telah dilakukan di luar atau di dalam bidangkuasanya dan tiada sesuatu perintah kos boleh dikenakan ke atasnya;

Dengan syarat bahawa pada masa berlakunya perbuatan, ketinggalan perbuatan itu atau semasa membuat perintah itu pegawai itu dengan suci hati mempercayai bahawa dia mempunyai bidangkuasa untuk melakukan perbuatan, atau ketinggalan itu, atau mengeluarkan perintah yang berkenaan.

(2) Orang-orang yang menguatkuasakan waran atau perintah yang dikeluarkan dengan sahnya oleh Mahkamah tidak boleh dikenakan apa-apa tindakan di dalam mana-mana Mahkamah atau Mahkamah Sivil jika sekiranya waran atau perintah itu telah dikeluarkan oleh Mahkamah tersebut semasa ianya mempunyai bidangkuasa untuk mengeluarkannya.

(3) Balif atau mana-mana Pegawai Mahkamah yang telah dipertanggungjawab untuk melaksanakan mana-mana hukuman, perintah atau waran tahan harta sebelum hukuman, tidak boleh dikenakan apa-apa tindakan di dalam mana-mana Mahkamah atau Mahkamah Sivil kerana sebarang tindakannya yang berkenaan dengan harta yang dirampas, kecuali jika sekiranya dia dengan sengaja telah bertindak melebihi had kuasa yang telah diberikan kepadanya oleh hukuman, perintah atau waran yang berkenaan:

Dengan syarat dia hendaklah tidak boleh dianggap sebagai telah bertindak melebihi had kuasanya hanya kerana dia telah mengetahui adanya suatu pertikaian tentang hakmilik harta yang dirampas itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.