ENAKMEN 9 TAHUN 1988
ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 18. Melacurkan isteri atau anak.

(1) Mana-mana suami yang melacurkan isterinya atau membiarkan isterinya melacurkan dirinya adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2) Mana-mana ibu bapa atau penjaga yang melacurkan anaknya atau kanak-kanak yang di bawah jagaannya atau membenarkan anaknya atau kanak-kanak yang di bawah jagaannya itu melacur adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.