ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XIX - TINDAKAN MENGENAI BEBERAPA KESALAHAN-KESALAHAN BERKENAAN PENTADBIRAN KEADILAN



Seksyen 162. Prosedur ganti.


Jika Mahkamah dalam mana-mana kes berpendapat bahawa orang yang dituduh dengan kesalahan-kesalahan yang disebut di dalam seksyen 160 dan yang telah dilakukan dalam pandangan atau di hadapannya, lebih baik diuruskan mengikut perjalanan biasa undang-undang, Mahkamah itu selepas merekodkan fakta-fakta yang menyebabkan kesalahan itu dan kenyataan orang yang dituduh seperti yang disebut itu, boleh mengarahkan supaya orang yang dituduh itu didakwa dan boleh meminta jaminan untuk kehadiran orang yang dituduh itu di hadapan Qadhi atau jika jaminan yang mencukupi tidak diberi, boleh menghantar orang yang di bawah jagaan kepada Qadhi.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.