ORDINAN 41 TAHUN 2001
ORDINAN MAJLIS ISLAM SARAWAK, 2001

BAHAGIAN III - YANG DIPERTUA, SETIAUSAHA DAN PERJALANAN MAJLIS
Perjalanan Majlis



Seksyen 30. Penggunaan meterai.

(1) Meterai perbadanan Majlis sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 4(1) tidaklah boleh diguna kecuali menurut suatu ketetapan Majlis.

(2) Apa-apa dokumen atau suratcara yang hendak disempurnakan dengan meterai Majlis hendaklah dimeteraikan di hadapan Setiausaha dan dua orang anggota lain Majlis yang kesemua mereka itu hendaklah menurunkan tandatangan sebagai saksi. Penandatanganan itu hendaklah menjadi keterangan yang cukup bahawa meterai tersebut telah dicapkan dengan sempuma dan sepatutnya dan meterai itu adalah meterai yang sah kepunyaan Majlis.

(3) Dokumen-dokumen atau suratcara-suratcara yang berikut hendaklah disempurnakan dengan meterai perbadanan Majlis-
(4) Meterai perbadanan Majlis hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.