ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 2. Tafsiran.

Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang berlainan-

"baligh" ertinya sampai umur mengikut Hukum Syara';

"bermastautin" ertinya tinggal tetap atau pada kelazimannya dalam sesuatu kawasan yang tertentu;

"empat Mazhab" ertinya Mazhab Syafi'i, Hanafi, Maliki, dan Hanbali;

"fitrah" ertinya suatu sukatan beras atau lain-lain makanan asas yang ditetapkan oleh Majlis dari semasa ke semasa, ataupun harganya, yang kena dibayar menurut Hukum Syara' pada tiap-tiap tahun oleh seseorang Islam untuk digunakan menurut sebagaimana yang dibenarkan oleh Hukum Syara';

"Jabatan" ertinya Jabatan Hal Ehwal Agama, Terengganu;

"Jawatankuasa Fatwa" ertinya Jawatankuasa Fatwa yang disebut dalam seksyen 24;

"Kumpulan Wang" ertinya Kumpulan Wang Majlis yang disebut dalam seksyen 138 (1);

"Mahkamah" atau "Mahkamah Syar'iah" ertinya Mahkamah Apil Syar'iah, Mahkamah Tinggi Syar'iah, atau Mahkamah Rendah Syar'iah, mengikut mana yang berkenaan;

"Majlis" ertinya Majlis Agama Islam dan Adat Melayu yang ditubuhkan di bawah seksyen 5;

"Masjid" ertinya sebuah bangunan, dengan apa nama sekalipun dipanggil, yang didiri atau digunakan bagi maksud sembahyang berjemaah dan lain-lain pekerjaan amal ibadat yang berkaitan dengan Agama Islam, dan termasuklah sebuah surau atau balaisah;

"Maukuf" ertinya harta yang diwakafkan;

"Mithqal" ertinya suatu timbangan yang mana 20 mithqal bersamaan dengan 2.125 tahil atau 85 gram;

"Mufti" ertinya Mufti bagi Negeri yang dilantik di bawah seksyen 4;

"mukallaf" ertinya seorang yang beragama Islam yang telah sampai umur mengikut Hukum Syara' dan tidak rosak akal fikirannya serta tidak pekak dan buta;

"mukim masjid" ertinya kawasan, yang sempadannya ditetapkan di bawah seksyen 173, di mana terletaknya sebuah masjid dan yang mana tidak semestinya bersamaan dengan kawasan mana-mana mukim di bawah Kanun Tanah Negara [56/65.];

"nazar" ertinya ikrar dengan jalan sebutan yang mewajibkan diri seseorang membuat apa-apa kebaikan bagi apa-apa maksud yang diluluskan oleh Hukum Syara';

"nazar am" ertinya ikrar dengan jalan sebutan yang mewajibkan diri seseorang membuat apa-apa kebajikan bagi faedah orang-orang Islam amnya atau sekumpulan daripadanya, berbeza daripada seorang individu;

"Negeri" ertinya mana-mana Negeri di Malaysia, dan termasuklah Wilayah Persekutuan;

"pegawai masjid" ertinya Ketua Imam, Imam, Khatib, dan Bilal bagi sesebuah masjid;

"Pegawai Penguatkuasa Syar'iah" ertinya Pegawai Penguatkuasa Syar'iah yang dilantik di bawah seksyen 104;

"Penghulu" ertinya seorang Penghulu yang memegang Tauliah daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan yang memberi kuasa kepadanya pada menunaikan kewajipan-kewajipan berkenaan dengan kemuslihatan penduduk-penduduk mukimnya, dan termasuklah seorang Penolong Penghulu yang mempunyai kuasa yang serupa;

"Pesuruhjaya" ertinya Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama yang dilantik di bawah seksyen 4 dan termasuklah Timbalan Pesuruhjaya;

"Qadi" ertinya seorang Qadi yang dilantik di bawah seksyen 28, dan termasuklah Qadi Besar;

"Qadi Besar" ertinya Qadi Besar yang dilantik di bawah seksyen 28 , dan termasuklah Timbalan Qadi Besar;

"Setiausaha" ertinya Setiausaha kepada Jabatan yang dilantik di bawah seksyen 4;

"tarikh yang ditetapkan" eftinya tarikh yang ditetapkan di bawah seksyen 1 bagi mula berkuatkuasanya Enakmen ini;

"Tauliah" ertinya suatu surat kuasa yang dlkeluarkan oleh atau bagi pihak DuIi Yang Maha Mulia Sultan;

"wakaf am" ertinya suatu wakaf yang kekal di atas modal dan pendapatan bagi hartabenda kerana maksud-maksud pekerjaan agama atau khairat yang diakui sah oleh Hukum Syara', dan termasuklah hartabenda yang diwakafkan itu;

"wakaf khas" ertinya suatu wakaf yang kekal di atas modal bagi hartabenda kerana maksud-maksud pekerjaan agama atau khairat yang diakui sah oleh Hukum Syara', yang pendapatan daripadanya kena dibayar kepada seseorang atau orang-orang atau bagi maksud-maksud yang ditetapkan di dalam wakaf itu, dan termasuklah hartabenda yang diwakafkan itu;

"Yang Dipertua" ertinya Yang Dipertua Majlis;

"zakat" ertinya cabutan di atas hartabenda yang wajib dibayar oleh seseorang Islam menurut Hukum Syara' .




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.