ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994

BAHAGIAN I - KERELEVENAN
BAB 2 - QARINAH
Kenyataan yang dibuat dalam Keadaan Khas



Seksyen 25. Kerelevenan kenyataan tentang fakta awam yang terkandung di dalam sesuatu Akta, Ordinan, Enakmen atau pemberitahu.

Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang wujudnya sesuatu fakta mengenai perkara awam, apa-apa kenyataan mengenai fakta itu yang dibuat di dalam sesuatu sebutan permulaan yang terkandung di dalam sesuatu Akta, Ordinan atau Enakmen, atau di dalam pemberitahuan Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri yang tersiar di dalam Warta Kerajaan Persekutuan atau Negeri, adalah fakta relevan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.