ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB XI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM BERKENAAN DENGAN PERBICARAAN



Seksyen 104. Kes pendakwaan hendaklah diterangkan oleh Mahkamah kepada yang dituduh yang tidak dibela.

(1) Dalam tiap-tiap perbicaraan di hadapan Mahkamah Syariah, jika dan apabila Mahkamah memanggil orang yang dituduh untuk membela dirinya Mahkamah hendaklah, jika orang yang dituduh tidak diwakil oleh Peguam Syarie, memberitahunya yang ia sendiri berhak bersumpah dan kesannya atau berhak memberi keterangan untuk membela dirinya dan jika ia memilih untuk memberi keterangan membela dirinya hendaklah dibawa kepada perhatiannya berkenaan dengan perkara-perkara utama di dalam keterangan pendakwaan terhadapnya supaya ia boleh diberi peluang untuk menjelaskannya.

(2) Kegagalan mana-mana orang yang dituduh pada mana-mana perbicaraan untuk memberikan keterangan tidaklah boleh dijadikan suatu bahan teguran untuk memburukkannya oleh pendakwaan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.