ENAKMEN 2 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - PEMERlKSAAN SAKSI



Seksyen 99. Pemeriksaan balas tentang kenyataan bertulis yang dahulu.

(1) Seseorang saksi boleh diperiksa balas tentang kenyataan-kenyataan yang dahulunya dibuat olehnya dengan bertulis atau yang diturunkan menjadi tulisan, dan yang berkaitan dengan perkara-perkara yang menjadi soal dalam guaman atau pembicaraan dalam mana ia diperiksa balas itu, dengan tiada tulisan itu ditunjukkan kepadanya atau dibuktikan; akan tetapi jika sekiranya dimaksud hendak menyangkal saksi itu dengan jalan tulisan itu, maka saksi itu mestilah, sebelum tulisan itu boleh dibuktikan, diminta supaya mengambil perhatian atas bahagian-bahagian tulisan itu yang hendak digunakan bagi maksud menyangkalnya itu.

(2) Jika seseorang saksi, apabila diperiksa balas tentang keterangan lisan yang dahulunya dibuat olehnya yang berkaitan dengan perkara-perkara yang menjadi soal di dalam guaman atau pembicaraan dalam mana ia diperiksa balas itu dan yang tidak bersesuaian dengan keterangannya yang sekarang, tidak mengaku dengan terangnya bahawa ia telah membuat kenyataan itu, maka bukti bolehlah diberi yang ia telah sebenarnya membuat keterangan itu; akan tetapi sebelum bukti itu diberi hal keadaan kenyataan yang dikatakan itu, yang cukup untuk menentukan peristiwa yang ia telah membuat kenyataan itu mestilah disebutkan kepada saksi itu, dan ia mestilah ditanya sama ada ia telah membuat kenyataan itu atau tidak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.