ENAKMEN 12 TAHUN 2003
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN I - KERELEVAN
BAB 2 - QARINAH
Pernyataan oleh Orang yang tidak dapat dipanggil sebagai saksi



Seksyen 21. Kerelevanan keterangan tertentu bagi membuktikan dalam prosiding yang kemudian kebenaran fakta yang dinyatakan dalamnya

Keterangan yang diberikan oleh seorang saksi dalam suatu prosiding kehakiman, atau di hadapan mana-mana orang yang diberi kuasa oleh undang-undang untuk mengambil keterangan itu, ialah qarinah bagi maksud membuktikan dalam prosiding kehakiman yang kemudian, atau pada suatu peringkat yang kemudian dalam prosiding kehakiman yang sama, kebenaran fakta yang dinyatakan olehnya, apabila saksi itu telah mati atau tidak dapat dijumpai atau tidak berupaya untuk memberikan keterangan, atau dihalang daripada memberikan keterangan oleh pihak menentang, atau jika kehadirannya tidak boleh didapatkan tanpa kelengahan atau perbelanjaan yang pada pendapat Mahkamah tidak munasabah dalam hal keadaan kes itu:

Dengan syarat bahawa—
Huraian—Sesuatu perbicaraan atau siasatan jenayah hendaklah disifatkan sebagai suatu prosiding antara pendakwa dengan tertuduh dalam pengertian seksyen ini.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.