ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Bila Pendapat Orang Ketiga Adalah Qarinah



Seksyen 36. Bila pendapat tentang kewujudan hak atau 'urf adalah qarinah.

Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang kewujudan apa-apa hak atau 'urf, maka pendapat tentang wujudnya hak atau 'urf itu daripada orang yang mungkin tahu mengenai wujudnya hak atau 'urf itu, jika ia wujud, adalah qarinah.

Huraian-Ungkapan hak atau 'urf termasuklah hak atau 'urf yang am bagi sebilangan besar golongan orang itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.