ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 7 - Saksi



Seksyen 86. Bilangan Saksi.

(1) Keterangan dalam kes persetubuhan haram yang membawa kepada hukuman hudud tidak boleh diterima kecuali ia disaksikan oleh empat orang lelaki.

(2) Dakwaan seorang yang dikenali seorang kaya menjadi papa tidak boleh diterima kecuali ianya disokong oleh tiga orang saksi lelaki.

Huraian
- Pengakuan telah menjadi papa dalam pungutan zakat dan telah menjadi papa yang menggugurkan beban pembayaran hutang dan nafkah kaum kerabat dan isteri tidak boleh diterima kecuali disaksikan oleh tiga orang lelaki.

(3) Dalam perkara melihat anak bulan keterangan seorang lelaki yang adil adalah layak diterima.

(4) Keterangan seorang lelaki dalam keadaan yang berikut-
adalah layak diterima.

(5) Syahadah perempuan boleh diterima jika perlu kecuali ia dalam kes-kes hudud dan qisas.

(6) Syahadah seorang perempuan adalah layak diterima dalam perkara-perkara yang biasa dilihat oleh seorang perempuan.

Huraian
- Keterangan seorang perempuan yang menyusukan seorang bayi, seorang bidan dalam perkara haid, beranak, penyusuan dan keaiban-keaiban perempuan, adalah layak diterima.

(7) Di dalam perkara-perkara lain dari yang disebut di atas, syahadah hendaklah diberi oleh dua orang saksi lelaki atau seorang saksi lelaki dan dua orang saksi perempuan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.