ENAKMEN 4 TAHUN 2006
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 2006

BAHAGIAN VI-KEWANGAN
Baitulmal dan Tatacara Kewangan Majlis



Seksyen 84. Akaun bank

(1) Majlis boleh mengendalikan apa-apa akaun atau akaun-akaun yang difikirkannya patut dengan mana-mana bank yang sesuai.

(2) Pembayaran-pembayaran oleh Majlis amaun-amaun yang melebihi lima ratus ringgit hendaklah dibuat dengan cek.

(3) Semua wang yang diterima oleh atau untuk Majlis hendaklah dibayar ke dalam suatu akaun bank Majlis mengikut cara yang diperuntukkan dalam Tatacara Kewangan Majlis.

(4) Cek yang dikeluarkan daripada mana-mana akaun bank Majlis hendaklah ditandatangan oleh Pengerusi atau ahli pegawai Majlis atau pegawai yang diberikan kuasa oleh Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.