ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 117. Menggunakan sebagai keterangan dokumen yang telah enggan dikemukakan atas notis diberi.

Apabila suatu pihak enggan mengemukakan sesuatu dokumen setelah dia diberi notis supaya mengemukakan, dia tidak boleh kemudiannya menggunakan dokumen itu sebagai keterangan dengan tiada persetujuan pihak yang satu lagi itu ataupun perintah Mahkamah.

MISALAN

A. mendakwa B. atas suatu perjanjian, dan memberi B. notis supaya mengemukakannya. Dalam perbicaraan itu A. meminta dokumen itu, dan B. enggan mengemukakannya. A. memberi keterangan sekunder mengenai kandungannya. B. bercadang hendak mengemukakan dokumen itu sendiri bagi menyangkal keterangan sekunder yang diberi oleh A. itu, atau bagi menunjukkan bahawa perjanjian itu tidak bersetem. Ia tidak boleh berbuat demikian.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.