ORDINAN 45 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA JENAYAH SYARIAH, 2001

BAHAGIAN V - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB 3 - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 95. Bila orang boleh dipertuduh bersesama.

Apabila lebih daripada seorang dituduh atas kesalahan yang sama atau kesalahan-kesalahan yang berlainan yang dilakukan transaksi yang sama, atau apabila seseorang dituduh melakukan suatu kesalahan dan seseorang yang lain dituduh bersubahat atau cuba melakukan kesalahan yang sama, maka mereka boleh dipertuduh dan dibicarakan bersama atau berasingan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkarnah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.