ENAKMEN 9 TAHUN 1995
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH (SELANGOR) 1995
BAHAGIAN VII - PENYUBAHATAN DAN PERCUBAAN
Seksyen 46. Penyubahatan sesuatu perkara.
Seseorang menyubahati pelakuan sesuatu perkara jika dia perkara.
(a)
menghasut mana-mana orang supaya melakukan perkara itu; atau
(b)
mengambil bahagian bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang lain dalam apa-apa pakatan jahat untuk melakukan perkara itu, jika apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang menyalahi undang-undang berlaku ekoran daripada pakatan jahat itu, dan dengan tujuan hendak melakukan perkara itu; atau
(c)
dengan sengaja membantu, dengan apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang menyalahi undang-undang, pelakuan perkara itu.
Huraian 1
- Seseorang yang, dengan penyataan salah sengaja, atau penyembunyian sengaja suatu fakta material yang dia terikat mendedahkannya, dengan sengaja menyebabkan atau mendapatkan, atau cuba untuk menyebabkan atau mendapatkan, supaya sesuatu perkara dilakukan adalah dikatakan menghasut supaya perkara itu dilakukan.
MISALAN
A, seorang pegawai awam, adalah diberikuasa dengan waran daripada mahkamah untuk menangkap Z. B, yang mengetahui hal itu dan juga yang mengetahui bahawa C bukanlah Z, dengan sengaja menyatakan kepada A bahawa C ialah Z, dan oleh yang demikian dengan sengaja menyebabkan A menangkap C. Di sini B bersubahat dengan cara hasutan dalam penangkapan C.
Huraian 2
- Mana-mana orang yang, sama ada sebelum atau pada masa sesuatu perbuatan dilakukan, melakukan apa-apa jua untuk memudahkan perbuatan itu dilakukan dan oleh yang demikian memudahkan perbuatan itu dilakukan, adalah dikatakan membantu melakukan perbuatan itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.