ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - Pemeriksaan Saksi



Seksyen 101. Mahkamah memutuskan bila soalan boleh ditanya dan bila saksi boleh dipaksa menjawab.

(1) Jika sesuatu soalan itu berhubungan dengan sesuatu perkara yang tak relevan dengan guaman atau prosiding itu, kecuali setakat mana soalan itu menyentuh kebolehpercayaan saksi itu dengan mencemarkan wataknya, maka mahkamah hendaklah memutuskan sama ada saksi itu boleh dipaksa menjawab soalan itu atau tidak, dan mahkamah boleh, jika difikirkannya tidak patut memaksa saksi itu menjawab soalan itu, mengingatkan saksi itu bahawa dia tidak terpaksa menjawabnya.

(2) Pada menjalankan budi bicaranya, mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut:




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.