ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994

BAB IX - PERUNTUKAN KHAS MENGENAl KETERANGAN SAKSI



Seksyen 127. Menuduh tidak adil (ta'n) saksi.

Apabila mana-mana pihak dalam sesuatu perbicaraan menuduh tidak adil (ta'n) mana-mana saksi pihak lawannya, sama ada sebelum atau selepas pemeriksaan saksi itu dengan mengemukakan apa-apa fakta yang boleh menghalang penerimaan keterangan saksi itu, Hakim hendaklah meminta supaya dia membuktikan fakta itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.