ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN II - BENTUK TINDAKAN



Seksyen 3. Ukuran dan bentuk.

Tiap-tiap tindakan dan tiap-tiap dokumen yang digunakan dalam mana-mana perbicaraan, selain daripada dokumen asal yang dikemukakan dalam keterangan hendaklah melainkan bentuk dokumen itu menyebabkan tidak sesuai, ditulis, ditaip atau dicetak atau separa, tulis, separa cetak, di atas kertas tulis yang bermutu baik dan hendaklah mempunyai pinggiran yang mencukupi.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.