ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
Bab IV - PROSES MAHKAMAH UNTUK MEMAKSA KEHADIRAN SAMAN
WARAN GELEDAH



Seksyen 33. Waran kepada siapa diarahkan.

(1) Satu waran tangkap hendaklah biasanya diarahkan kepada Penyelia Agama dan lain-lain pegawai dan mana-mana pegawai boleh melaksanakan waran tersebut di mana-mana tempat dalam negeri.

(2) Mahkamah yang mengeluarkan waran bolehlah mengarahkannya kepada Ketua Polis Negeri dan lain-lain Pegawai Polis dalam Negeri atau mana-mana orang atau orang-orang yang dinamakan yang bukan Penyelia Agama atau Pegawai Polis dan semua atau mana-mana satu orang atau lebih Pegawai Polis atau orang yang tersebut itu boleh melaksanakan waran tersebut.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.