ENAKMEN 2 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN I - PERKAITAN
BAB 2 - QARINAH
Kenyataan yang dibuat dalam keadaan khas.



Seksyen 23. Perkaitan catatan di dalam rekod awam yang dibuat pada menjalankan kewajipan.

Sesuatu catatan di dalam mana-mana buku, daftar atau rekod awam atau di dalam buku, daftar atau rekod rasmi lain yang menyatakan sesuatu nyataan yang menjadi soal atau nyataan berkaitan dan yang dibuat oleh seseorang penjawat awam pada menjalankan tugas rasminya atau oleh mana-mana orang lain pada menjalankan sesuatu kewajipan yang diperintahkan dengan khasnya oleh undang-undang bagi negara di mana buku, daftar atau rekod itu diselenggarakan, adalah sendirinya suatu nyataan berkaitan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.