ORDINAN 44 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA MAL SYARIAH

BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN
BAB 3 - PELAKSANAAN



Seksyen 169. Penyata mengenai perintah.

(1) Bailif hendaklah membuat penyata dalam Borang MS 40 mengenai tiap-tiap perintah pelaksanaan sebaik sahaja dia menyempurnakan pelaksanaan itu dan hendaklah menyerahkan suatu salinan penyata itu kepada pemiutang penghakiman dan penghutang penghakiman.

(2) Pemiutang penghakiman berhak memeriksa dan menyalin mana-mana inventori harta, akaun jualan, baucar atau dokumen lain berhubungan dengan pelaksanaan itu yang disimpan atau disenggarakan oleh bailif.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.