ENAKMEN 1 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN III - PERKAHWINAN DAN PENDAFTARAN



Seksyen 35. Perceraian dengan talak atau perintah atau shiqaq.


(1) Seseorang suami atau isteri yang hendak bercerai hendaklah menyerahkan satu permohonan untuk perceraian kepada Mahkamah dalam Borang 5A daripada Jadual Kelima yang mengandungi-



(2) Selepas menerima permohonan itu Mahkamah hendaklah menyebabkan satu saman diarahkan kepada pihak yang satu lagi itu bersama dengan satu salinan permohonan itu dan saman itu hendaklah mengarahkan pihak yang satu lagi itu hadir di hadapan Mahkamah untuk membolehkannya menyiasat sama ada pihak yang satu lagi itu bersetuju atau tidak terhadap perceraian itu. Jika pihak yang satu lagi itu bersetuju terhadap perceraian itu dan Mahkamah berpuashati selepas penyiasatan yang wajar bahawa perkahwinan itu telah pecah belah dan tak dapat dipulihkan, maka Mahkamah bolehlah menasihatkan suami supaya melafazkan satu talak di hadapan Mahkamah. Mahkamah hendaklah merekodkan talak itu dan kemudiannya mengeluarkan Sijil Cerai bagaimana Borang 5B.

(3) Jika pihak yang satu lagi itu tidak bersetuju terhadap perceraian itu atau jika Mahkamah berpendapat bahawa ada kemungkinan yang munasabah bagi perdamaian antara pihak-pihak kepada perkahwinan itu, Mahkamah hendaklah dengan seberapa segera yang boleh melantik suatu Jawatankuasa Pendamai terdiri daripada seorang Pegawai Ugama sebagai Pengerusi dan tiga orang lain termasuk seorang kenamaan untuk bertindak bagi pihak suami dan isteri yang berkenaan itu masing-masing. Pada membuat perlantikan itu Mahkamah hendaklah, jika boleh, memberi keutamaan kepada saudara-saudara karib pihak-pihak itu yang tahu akan hal keadaan kes itu; Mahkamah boleh memberi arahan-arahan kepada Jawatankuasa itu tentang hal menjalankan perdamaian itu dan mereka hendaklah menjalankannya mengikut arahan-arahan itu. Jika mereka tidak dapat bersetuju atau jika Mahkamah tidak berpuashati tentang cara mereka menjalankan perdamaian itu, Mahkamah boleh memecat mereka dan melantik orang-orang lain bagi menggantikan mereka.

(4) Jawatankuasa itu hendaklah berusaha mencapai perdamaian dalam tempoh tiga bulan dari tarikh ia dibentuk atau dalam tempoh yang lebih lama mengikut sebagaimana yang dibenarkan oleh Mahkamah; dan Jawatankuasa itu hendaklah memberi tiap-tiap seorang dari mereka peluang untuk didengar dan boleh mendengar mana-mana orang lain dan membuat apa-apa penyiasatan yang difikirkan patut dan boleh, jika ia

(5) Jika Jawatankuasa Pendamai itu tidak dapat mencapai perdamaian dan tidak dapat memujuk pihak-pihak itu hidup semula sebagai suami isteri, Jawatankuasa itu hendaklah mengeluarkan suatu perakuan tentang hal yang demikian itu dan boleh melampirkan pada perakuannya itu apa-apa syor yang difikirkannya patut berkenaan dengan nafkah dan penjagaan anak-anak belum dewasa, pembahagian harta dan mengenai hal-hal lain berhubung dengan perkahwinan itu.

(6) Tiada seorang peguam boleh hadir atau bertindak sebagai demikian bagi mana-mana pihak dalam sesuatu pembicaraan di hadapan sesuatu Jawatankuasa Pendamai dan tiada sesuatu pihak boleh diwakili oleh sesiapa jua, selain daripada ahli keluarganya yang karib, tanpa kebenaran Jawatankuasa Pendamai itu.

(7) Jika Jawatankuasa itu melaporkan kepada Mahkamah bahawa perdamaian telah terdapat dan pihak-pihak itu telah hidup semula sebagai suami isteri, Mahkamah hendaklah menolak permohonan itu.

(8) Jika jawatankuasa mengemukakan kepada Mahkamah suatu perakuan bahawa ia tidak dapat mencapai perdamaian dan tidak dapat memujuk pihak-pihak itu supaya hidup semula sebagai suami yang berkenaan itu melafazkan satu talak di hadapan Mahkamah, dan jika suami itu tidak hadir di hadapan Mahkamah untuk melafazkan satu talak atau enggan melafazkannya satu talak maka Mahkamah hendaklah merujuk kepada Hakim untuk tindakan menurut seksyen-kecil (10).

(9) Peruntukan-peruntukan seksyen-kecil (3) daripada seksyen ini yang berkehendakkan rujukan kepada suatu Jawatankuasa Pendamai tidak dipakai dalam sesuatu kes-



(10) (a) Jika Mahkamah Qadhi berpuashati bahawa perkelahian (shiqaq) sentiasa berlaku antara pihak-pihak kepada suatu perkahwinan, Mahkamah Qadhi boleh melantik, megikut Hukum Syarak dua orang Hakam (Penimbangtara), untuk bertindak bagi pihak suami dan isteri yang berkenaan itu masing-masing. Pada membuat perlantikan itu, Mahkamah itu hendaklah jika boleh, memberi keutamaan kepada saudara-saudara karib pihak-pihak yang berkenaan itu yang tahu akan hal keadaan kes itu;




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.