ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991
BAHAGIAN XXXIII - PERUNTUKAN AM
Seksyen 254. Kaedah-kaedah.
Ketua Hakim Syarie boleh melalui penberitahuan dalam
Warta
membuat kaedah-kaedah bagi menjalankan peruntukan Ordinan ini dan khususnya, tetapi tanpa menyentuh keluasan yang tersebut di atas, boleh membuat kaedah-kaedah mengenai-
(
a
) amalan dan aturcara Pendaftar Mahkamah Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah;
(
b
) fee yang diperuntukkan di bawah Ordinan ini;
(
c
) borang, buku akaun, laporan dan lain-lain dokumen yang hendak digunakan mengenai apa-apa tindakan atau perkara yang dilakukan di bawah atau menurut peruntukan Ordinan ini; dan
(
d
) perjalanan Mahkamah, bentuk dan kaedah melaksanakan apa-apa suratcara dan perlantikan pegawai atau wakil Mahkamah.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.