ENAKMEN 4 TAHUN 2006
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 2006

BAHAGIAN VI-KEWANGAN
Baitulmal dan Tatacara Kewangan Majlis



Seksyen 83. Perbelanjaan Majlis

Semua kos, bayaran dan belanja untuk mentadbirkan harta dan aset yang terletakhak pada Majlis, termasuk kos penyenggaraan dan pembaikan mana-mana harta tak alih, gaji dan elaun semua pekhidmat Majlis, dan fi dan elaun yang kena dibayar kepada mana-mana pegawai atau anggota Majlis berkenaan dengan perkhidmatannya sebagai pekhidmat, pegawai atau anggota Majlis, hendaklah dibayar daripada harta dan aset Baitulmal.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.