ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN I - QARINAH
BAB 2
Kenyataan yang dibuat dalam keadaan khas



Seksyen 24. Qarinahnya kenyataan di dalam peta, carta dan pelan.

Kenyataan mengenai fakta yang menjadi soal atau fakta yang relevan yang dibuat di dalam peta atau carta yang diterbitkan dan ditawarkan untuk dijual kepada orang awam, atau di dalam peta atau di dalam pelan yang dibuat dengan kuasa Kerajaan Malaysia atau mana-mana Negeri lain mengenai perkara yang biasanya ditunjuk atau dinyatakan di dalam peta, carta atau pelan itu adalah sendirinya fakta qarinah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.