ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VI - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 2 - RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 156. Prosedur di mana perayu berada dalam penjara.

(1) Jika perayu berada di dalam penjara, dia hendaklah disifatkan scbagai telah mematuhi kehendak-kehendak seksyen 153 dan 155 jika dia memberi kepada pegawai penguasa penjara notis rayuan sama ada secara lisan atau secara bertulis serta butir-butir yang perIu dimasukkan ke dalam petisyen rayuan, dalam masa yang ditetapkan oleh seksyen-seksyen tersebut.

(2) Pegawai penjara yang tersebut dahulu hendaklah dengan serta-merta mengemukakan notis dan petisyen rayuan atau yang bermaksud sedemikian kepada Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah di tempat di mana keputusan yang dirayu itu diberi.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.