ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXVI - DARIHAL PELUPUSAN BARANG KES DAN HARTA YANG MENJADI PERKARA KESALAHAN



Seksyen 197. Mahkamah hendaklah menimbangkan cara melupuskan barang-barang kes.

(1) Apabila berakhirnya mana-mana prosiding di bawah Kanun ini Mahkamah hendaklah menimbangkan cara bagaimana barang-barang kes hendak dilupuskan dan boleh membuat apa-apa perintah bagi maksud itu.

(2) Jika Mahkamah tidak membuat perintah mengenai pelupusan barang-barang kes itu, ia hendaklah diberikan kepada pendakwa yang bertanggungjawab bagi prosiding itu dan boleh diperlakukan oleh pendakwa mengikut peruntukan Bab ini seolah-olah Mahkamah telah membuat perintah atau perintah-perintah bagi maksud sedemikian:

Dengan syarat bahawa jika pendakwa pada bila-bila masa mempunyai keraguan tentang cara sepatutnya untuk melupuskan mana-mana barang kes, atau jika mana-mana orang menuntut supaya diserahkan kepadanya mana-mana barang kes tersebut dan pendakwa enggan membuat apa-apa penyerahan sedemikian, maka pendakwa atau orang tersebut boleh memohon kepada Mahkamah yang menentukan kes itu dan Mahkamah hendaklah membuat perintah berkenaan dengan pelupusan barang kes itu sebagaimana yang wajar.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.