ENAKMEN 1 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN VIII - AM



Seksyen 129. Pemansuhan.


(1) Enakmen yang dinyatakan di dalam Jadual Keenam kepada Enakmen ini adalah dengan ini dimansuhkan setakat mana yang dinyatakan di dalam Jadual:

Dengan syarat segala perbicaraan yang telah dimulakan di bawah Enakmen yang dengan ini dimansuhkan hendaklah berterusan seolah-olah Enakmen ini belum diluluskan.

(2) Pemansuhan ini tidak menyentuh perjalanan Enakmen yang dimansuhkan terdahulu atau apa-apa perkara yang dilakukan atau tertanggung di bawahnya atau apa-apa hak, keistimewaan, kewajipan atau liabiliti yang diperolehi terakru atau berlaku dibawahnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.