ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN IV
ACARA DALAM PEMBICARAAN MAL



Seksyen 103. Hukuman.

(1) Tiap-tiap hukuman Mahkamah hendaklah selepas diberi dibuat secara bertulis, diberi tarikh, ditandatangani oleh Kadi yang membicarakan itu dan dimeterikan dan hendaklah disimpan bersama-sama dengan rekod. Mana-mana pihak adalah berhak mendapatkan satu salinan hukuman itu dengan membayar bayaran yang ditentukan.

(2) Sesuatu hukuman boleh menetapkan hak-hak pihak-pihak yang bersangkutan atau boleh memerintahkan mana-mana pihak melakukan apa-apa perbuatan atau perkara termasuklah pembayaran wang atau kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.