ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN XXXV - PERUNTUKAN AM



Seksyen 263. Kehadiran diri.

Tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis, Mahkamah boleh dengan alasan yang cukup memerintah kehadiran diri mana-mana pihak kepada mana-mana prosiding pada bila-bila masa, kecuali jika pihak itu berada di luar Malaysia. Kegagalan mematuhi perintah ini dengan sengaja adalah suatu penghinaan Mahkamah dan tanpa hirau kehadiran mana-mana peguam atau agen bagi pihak itu Mahkamah hendaklah meneruskan prosiding seolah-olah pihak itu tidak hadir di dalam prosiding itu. Suatu perintah untuk hadir diri hendaklah disampaikan kepada diri orang itu sendiri.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.