ORDINAN 44 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA MAL SYARIAH

BAHAGIAN IV - PIHAK-PIHAK
BAB 3 - ORANG MISKIN



Seksyen 31. Permohonan untuk mendakwa atau membela sebagai seorang miskin.

(1) Mana-mana orang yang berhasrat untuk memulakan atau membela apa-apa tindakan atau prosiding lain mengikut haknya sendiri, dan tidak berupaya untuk membayar fi Mahkamah bagi tindakan atau prosiding itu, boleh memohon kepada Mahkamah bagi mendapatkan kebenaran untuk mendakwa atau membela sebagai orang miskin.

(2) Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dalam Borang MS 4 dan disokong dengan afidavit yang mengandungi butir-butir yang berikut:

(3) Afidavit itu hendaklah disediakan oleh pemohon atau oleh seorang pegawai Mahkamah yang berkenaan dan hendaklah ditentusahkan di hadapan seorang Hakim atau Pendaftar.

(4) Jika Mahkamah berpuas hati-

maka Mahkamah hendaklah membuat suatu perintah membenarkan pemohon (kemudian daripada ini disebut "orang miskin") untuk mendakwa atau membela, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagai orang miskin.

(5) Jika suatu perintah dibuat di bawah subseksyen (4), saman dan proses lain dalam tindakan atau prosiding lain itu dan catatan yang relevan dalam buku kausa hendaklah ditanda "orang miskin".

(6) Jika Mahkamah tidak berpuas hati sedemikian, Mahkamah hendaklah menolak permohonan itu dan tiada rayuan boleh dibuat terhadap penolakan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.